Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Lancar Modul Peningkatan Integriti Mypsikologi Spiritual Myps

Diterbitkan: 21 Aug 2017 2.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017 – Majlis pelancaran Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) Tahun 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lancar-modul-peningkatan-integriti-mypsikologi-spiritual-myps
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:07 MYT

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017 – Majlis pelancaran Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) Tahun 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Modul MyPS ini bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai integriti warga PDRM serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui pembangunan modal insan yang kompeten ke arah pengukuhan organisasi.

Memetik ucapan Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat, warga PDRM sering berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mampu menduga keimanan dan kekuatan diri mereka.

Maka adalah amat penting bagi kita membina banteng pertahanan diri serta mengukuhkan lagi nilai-nilai integriti agar tidak mudah goyah.

Modul ini dilihat sebagai salah satu usaha beterusan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk meningkatkan nilai integriti di kalangan warga PDRM.

Sebanyak 1,050 naskah buku edisi pertama Modul MyPS bakal diedarkan keseluruh kontinjen serta formasi sejajar dengan pelan strategik lima tahun PDRM dan integriti PDRM 2016-2020.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Abd Rahim Hj Hanafi, dan Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato' Abd Rahim bin Jaafar, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Pangkat Rendah dan rakan-rakan media.

2
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

1
1,050 naskah buku edisi pertama Modul MyPS bakal diedarkan keseluruh kontinjen serta formasi.

3
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2017 2.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM