Chukai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumpul hampir RM1 juta dana yang disumbangkan oleh warganya menerusi potongan gaji untuk diagihkan kepada kakitangan pasukan keselamatan itu yang menjadi mangsa banjir.
Pengarah Pengurusannya, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata kutipan RM931,000 itu dikumpul menerusi potongan gaji antara RM5 hingga RM100 setiap seorang, membabitkan 126,000 pegawai dan anggota PDRM dari peringkat rendah hingga ketua polis negara.
"Bantuan ini sebahagian besar daripada keseluruhan RM1.5 juta yang dikumpul PDRM, termasuk sumbangan Tabung Kebajikan Polis dan Yayasan Al-Bukhary.
Ia akan diagihkan antara RM500 hingga RM1,500 kepada setiap seorang daripada lebih 1,575 kakitangan kita yang menjadi mangsa banjir di Pantai Timur dan Perak," katanya.
Sumber: Berita Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Pdrm Kumpul Rm931 000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumpul hampir RM1 juta dana yang disumbangkan oleh warganya menerusi potongan gaji untuk diagihkan kepada kakitangan pasukan keselamatan itu yang menjadi mangsa banjir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kumpul-rm931-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.