Melaka - Kebakaran sebuah unit kondominium mewah di Klebang Besar di sini malam kelmarin membongkar rahsia besar penghuninya apabila pihak berkuasa mendapati ia dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, selain beberapa peralatan dan bahan untuk memproses dadah, pihak polis turut menemui kira-kira 20 kilogram pil ekstasi dipercayai bernilai jutaan ringgit yang siap dan belum siap diproses selain sejumlah dadah jenis syabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, berdasarkan bahan dan alat yang ditemui, suspek dipercayai mampu memproses sehingga 10 kilogram dadah jenis syabu dan ekstasi pada satu-satu masa.
Sumber: Kosmo
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kebakaran Bongkar Makmal Dadah
Melaka - Kebakaran sebuah unit kondominium mewah di Klebang Besar di sini malam kelmarin membongkar rahsia besar penghuninya apabila pihak berkuasa mendapati ia dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kebakaran-bongkar-makmal-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.