Pdrm Kesan Mangsa Pedofilia Richard Hackle
Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman masih mengesan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia lelaki Britain, Richard Hackle untuk memberikan terapi pemulihan emosi dan psikologi.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada seorang mangsa mahupun kenalan rapat individu itu tampil membual laporan berhubung kejadian berkenaan.
Pihak polis percaya mungkin ada antara kanak-kanak itu sudah meningkat ke usia remaja dan mereka malu untuk tampil membuat laporan dan pihak polis berharap mana-mana ibu bapa, penjaga mereka yang mempun-yai maklumat mengenai kejadian ini untuk segera tampil atau menghubungi talian 03-22666313 bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sumber: Kosmo