Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpaskan Sindiket Edar Syabu Di Kuala Terengganu

Diterbitkan: 13 Jul 2016 3.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Polis berjaya menumpaskan sindiket pembekal dadah jenis syabu dipercayai paling aktif di sekitar daerah Kuala Terengganu dengan penangkapan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, awal pagi kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-sindiket-edar-syabu-di-kuala-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:52 MYT

Polis berjaya menumpaskan sindiket pembekal dadah jenis syabu dipercayai paling aktif di sekitar daerah Kuala Terengganu dengan penangkapan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, polis turut merampas 51.2 gram syabu bernilai RM6,500 yang disembunyikan dalam kotak telefon dan diletakkan di atas televisyen di dalam rumah berkenaan.

Selain itu, polis turut menemui wang tunai RM1,100 yang diletakkan di atas meja berhampiran televisyen, dipercayai hasil jualan dadah terbabit.

Kedua-dua suspek yang bekerja buruh itu kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Polis Tumpaskan Sindiket Edar Syabu Di Kuala Terengganu
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 3.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM