Kuala Lumpur, 11 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Empat Penjuru Ke-VII (SUKEP) 2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) merupakan sebuah acara tahunan di antara empat agensi utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik (PPTD) yang telah berlangsung sejak 8 Oktober 2015 yang lalu.
Dalam majlis penutupan SUKEP 2015 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali B. Hamsa, telah turut diadakan perlawanan akhir bagi acara bola sepak di antara PDRM menentang JBPM yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan PDRM dengan mata 1-0.
Sepanjang empat hari berlangsungnya SUKEP ini, PDRM telah berjaya memenangi tiga perlawanan yang dipertandingkan iaitu menjadi johan dalam pertandingan tenpin bowling kategori lelaki dan wanita serta badminton di samping menjadi naib johan dalam acara golf serta tempat ketiga dalam acara bola tampar.
Selaku tuan rumah acara pada tahun ini, PDRM amat berbesar hati dapat melaksanakan sebuah acara sukan yang melibatkan pelbagai agensi dalam suasana yang penuh gilang gemilang dan muhibbah kerana disamping dapat menyihatkan badan aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara para pegawai yang bertanding.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar,Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Staf Markas ATM, Jeneral Dato’ Hj Sabri bin Adam dari TUDM, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merangkap Presiden PPTD, Dato’ Seri Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Hj Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim serta para Pegawai Kanan PDRM.

Ketibaan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa bersama tetamu terhormat ketika menyaksikan pertandingan.

Pertadingan Bola Sepak SUKEP 2015 antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pemain PDRM meraikan jaringan.

Pasukan PDRM Juara Bola Sepak SUKEP 2015.

Pasukan PDRM ketika menerima pingat daripada Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa.

Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menerima piala Juara Keseluruhan Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa.