Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seramai 240 Warga Asing Ditahan Sejak Jan Hingga Sept

Diterbitkan: 10 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 240 warga asing ditahan di daerah ini melalui Ops Bersepadu sejak Januari hingga September lepas atas kesalahan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah, kata Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seramai-240-warga-asing-ditahan-sejak-jan-hingga-sept
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:14 MYT

Muar, 10 Sept - Seramai 240 warga asing ditahan di daerah ini melalui Ops Bersepadu sejak Januari hingga September lepas atas kesalahan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah, kata Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob.

Azman berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, terdiri daripada 74 rakyat Indonesia, Bangladesh (62), Nepal (53) dan Myanmar (51) yang kesemuanya lelaki.

"Dalam tempoh yang sama seramai 712 warga asing sudah diperiksa menerusi ops berkenaan yang dilaksanakan dalam tempoh itu melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Ops Bersepadu ini dilaksanakan bagi membanteras serta mencegah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing yang dipercayai bekerja di pelbagai sektor terutama industri di daerah ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut menahan 26 wanita warga asing berusia 15 hingga 47 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di daerah ini melalui Ops Noda sejak 27 Sept lepas.

"Menerusi Ops Noda yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D7 IPD Muar yang dilaksanakan sejak 27 Sept lalu, kita sudah membuat pemeriksaan di tujuh premis yang terdiri daripada pusat hiburan dan rumah urut di sekitar daerah ini.

"Semua 27 warga asing yang ditahan itu juga turut dipercayai melakukan beberapa kesalahan lain termasuk menyalah guna pas lawatan ke negara ini. Turut ditahan ialah empat lelaki tempatan yang dipercayai bertugas sebagai penjaga premis yang diserbu," katanya.

Azman berkata, kes terbabit disiasat mengikut ksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan untuk aktiviti persundalan serta Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM