Article
Pdrm Hantar Bantuan Forensik Tragedi Qz8501
Sepang, 6 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar lapan pakar Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) bagi membantu tugasan forensik dan pencarian ma...
Sepang, 6 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar lapan pakar Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) bagi membantu tugasan forensik dan pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 di Indonesia.
Seramai enam pegawai dan anggota PDRM yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Databank/DNA/Perancangan Strategik), SAC Narenasagaran Thangaveloo akan menjadi kumpulan pertama yang berlepas ke Indonesia pada hari ini dan disusuli oleh dua lagi pegawai esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kumpulan tersebut terdiri daripada pakar cap jari dan jurugambar forensik yang berpengalaman.
"Kita menjangkakan anggota DVI ini akan berada di sana kira-kira sebulan bagi membantu tugas forensik dan pengecaman mayat mangsa,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, ianya adalah satu contoh kerjasama antara Malaysia dan Indonesia terutama dalam bidang kepolisan dengan semangat ASEANAPOL.
Mereka yang berlepas ke Surabaya pada hari ini berpengalaman melaksanakan tugas ketika nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dan bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Datuk Mazlan Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siatan/Perundangan) Dato’ Amar Singh dan pegawai-pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Datuk Seri Mohmad Salleh bersama Datuk Mazlan Mansor dan SAC Narenasagaran Thangaveloo.

Antara pegawai dan anggota Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) yang terlibat.

Antara yang hadir.

Gambar kenangan.