Artikel
Bantuan Water Jet Pump Kepada Mangsa Banjir Warga Pdrm
Subang, 5 Jan – Sebanyak 1,422 keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenal pasti menjadi mangsa banjir sejak 2 Januari lalu yang telah mengakibatkan pe...
Oleh: Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Subang, 5 Jan – Sebanyak 1,422 keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenal pasti menjadi mangsa banjir sejak 2 Januari lalu yang telah mengakibatkan pelbagai kerosakan harta benda.
Ekoran daripada kejadian itu, PDRM bersama beberapa agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan korporat telah mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan ‘water jet pump’ dalam usaha meringankan beban mereka membersihkan kediaman masing-masing akibat daripada bencana yang melanda negara ini.
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun dalam ucapannya mewakili Ketua Polis Negara berkata, walaupun warga polis turut menjadi mangsa dalam kejadian banjir kali ini, mereka tetap melaksanakan dan meneruskan tugas-tugas menyelamat dan menjaga harta benda serta nyawa mangsa-mangsa banjir yang lain dengan cemerlang.
Menurutnya, seramai lebih kurang 10,000 anggota polis telah dikerahkan bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada mangsa banjir, selain membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada pelbagai aspek.
Berucap sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Water Jet Pump kepada Mangsa Banjir Warga PDRM di Redland Aviations Hangar, Lapangan Terbang Subang hari ini, beliau menjelaskan PDRM turut memberi perhatian dalam memastikan kegiatan pecah rumah tidak berlaku kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan di dalam saat-saat genting sebegini.
“Selain mengadakan kutipan sumbangan, kami (PDRM) kini juga dalam usaha untuk membuat potongan gaji untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat,” tambahnya lagi.

Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun ketika berucap.

Datuk Ismail bin Hassan, Pengarah Urusan Eksekutif Redland Aviation Services ketika menyampaikan sumbangan.

Encik Simon Tan dari Syarikat Fiber Plus ketika menyampaikan sumbangan.

Encik William Kiew dari Syarikat Karcher Cleaning System Sdn. Bhd. ketika menyampaikan sumbangan.

Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun ketika menerima sumbangan.