Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Garang Belasah Pulau Pinang

Published: 18 Jun 2014 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kelana Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil garang membelasah Pulau Pinang 5-1 di Stadium MPPJ, di sini petang semalam untuk kemenangan kedua berturut-turut sekali gus merampas kedudukan pendahul..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-garang-belasah-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:42 MYT

Kelana Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil garang membelasah Pulau Pinang 5-1 di Stadium MPPJ, di sini petang semalam untuk kemenangan kedua berturut-turut sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana dari Kedah atas perbezaan jaringan.

Namun jurulatih PDRM, Dollah Salleh tetap dengan perancangannya untuk berpindah gelanggang sendiri sama ada ke Stadium Tuanku Abdul Rahmai, Paroi atau Stadium Temerloh, Pahang kerana tidak selesa melihat pemainnya beraksi di sebelah petang dan keadaan padang yang teruk di Stadium MPPJ itu.

"Saya jangka perlawanan sengit dan selepas terikat 1-1, saya agak risau juga. Tapi Alhamdulillah kita dapat bangkit cepat dan pemain tidak melepaskan peluang terhidang.

"Tapi saingan masih awal dan kita belum mempamerkan persembahan sebenar. Mungkin keadaan padang merencatkan percaturan dan beberapa pemain gagal beraksi baik. Saya dah bincang dengan pihak pengurusan, dalam masa terdekat kita cuba dapatkan persetujuan untuk berpindah ke Paroi atau Temerloh," kata Dollah selepas perlawanan.

Jaringan awal PDRM menerusi Bobby Gonzales seawal minit ketiga berjaya disamakan Pulau Pinang menerusi rembatan kencang Yong Kuong Yong yang gagal diselamatkan Azizon Kadir pada minit ke-17.

Namum, selepas itu PDRM garang menambah empat lagi gol menerusi Fadhil Hashim pada minit ke-25, Shahril Izwan Abdullah (38). Ali Ashfaq (59) dan Charles Souza Chad (65) sehingga memaksa jurulatih Pulau Pinang, K Devan mengeluarkan penjaga golnya, G Jeevananthan dan memasukkan Khairul Amri Salehuddin pada minit ke-67.

Kata Devan: "Mudah saja. Ini bukan hari kami, nasih tiada. Pemain sudah mencuba tetapi kita melakukan kesilapan di bahagian bawah manakala empat atau lima peluang terhidang pula gagal disudahkan."

Pdrm Garang Belasah Pulau Pinang
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM