Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

6 000 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kudat 28 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam Op Paradise di Perairan Kampung Pengaraban semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-000-liter-petrol-bersubsidi-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:13 MYT

Kudat 28 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam Op Paradise di Perairan Kampung Pengaraban semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad bin Madun berkata pihaknya berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup minyak petrol keluar ke negara jiran.

"Kami turut merampas sebuah bot, empat buah enjin pump dan 30 tong berisi minyak petrol bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM43,800," katanya lagi.

Operasi yang dibantu Pasukan Gerakan Am turut menahan seorang lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

6 000 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas
Sumber : Pasukan Polis Marin Kudat

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM