Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta

Diterbitkan: 17 Dec 2014 10.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Dis – Tiga cubaan seludup dadah melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya dipatahkan dalam tiga operasi berlainan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata antara dadah yang dirampas adalah 43 kilogram(kg) Syabu dan 5.4kg Ephedrine yang dianggarkan bernilai RM5.7 juta. Rampasan per
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-gagalkan-penyeludupan-dadah-rm5-7-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:50 MYT
Kuala Lumpur, 17 Dis – Tiga cubaan seludup dadah melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya dipatahkan dalam tiga operasi berlainan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata antara dadah yang dirampas adalah 43 kilogram(kg) Syabu dan 5.4kg Ephedrine yang dianggarkan bernilai RM5.7 juta.

Rampasan pertama dibuat apabila Polis berjaya memintas satu taktik terbaru penyeludupan dadah oleh sindiket warga Nigeria yang cuba untuk menyeludup dua bungkusan berlainan dengan menggunakan dokumen perjalanan uadara (Airway Bill).

“Polis menemui dadah jenis syabu seberat 20.2kg di dalam sebuah beg yang di ubahsuai di dalam salah satu bungkusan dan dipercayai dihantar dari Abuja, Nigeria,” ujar beliau.

“Seorang warganegara India turut ditahan dalam operasi pada hari berikutnya bagi membantu siasatan kerana menyembunyikan dadah jenis Ephedrine di dalam beg yang telah diubahsuai," kata beliau lagi.

Rampasan ketiga dibuat di Kompleks Mas Kargo KLIA apabila polis mengesan sebuah kotak yang tiba dari Abuja, Nigeria dan menemui 23kg dadah jenis syabu yang disorokkan dalam ruangan khas dalam sebuah beg.

Siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan terus menjalankan risikan bagi mengesan dalang dan ahli sindiket yang terlibat.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga kejayaan ini terhasil serta memberi amaran bahawa PDRM sentiasa berwasapada dengan taktik-taktik terbaru sindiket melalui risikan dan pemantauan yang berkesan.


Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim mengendalikan sidang media.

Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
Antara dadah yang berjaya dirampas serta bagasi yang dijadikan tempat untuk menyorokkan dadah.

Pdrm Gagalkan Penyeludupan Dadah Rm5 7 Juta
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diwawancara oleh wartawan.
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2014 10.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM