Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa

Diterbitkan: 17 Dec 2014 8.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Dis – Seramai 29 orang pelajar Kejuruteraan Sistem Pintar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Bukit Aman pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-siber-jangan-jadi-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:27 MYT
Kuala Lumpur, 17 Dis – Seramai 29 orang pelajar Kejuruteraan Sistem Pintar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Bukit Aman pagi tadi.

Di dalam sesi lawatan tersebut, satu taklimat bertajuk Kesedaran Jenayah Siber (Bahana Media Sosial) telah disampaikan oleh Insp. Mohd Faizal bin Zainal, Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Taklimat yang disampaikan adalah bertujuan berkongsi ilmu berkaitan etika dalam penggunaan teknologi maklumat pada masa kini dan penyalahgunaan internet.

Lawatan ini diiringi oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer Dan Matematik UiTM Shah Alam, Puan Jamaliah binti Taslim dan turut dihadir Pegawai-pegawai Kanan Komunikasi Korporat PDRM.

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa
Antara pelajar yang hadir.

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa
Insp. Mohd Faizal bin Zainal ketika menyampaikan taklimat

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa
Antara pelajar yang hadir.

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa
Puan Jamaliah binti Taslim menyampaikan cenderahati kepada Insp. Mohd Faizal bin Zainal.

Jenayah Siber Jangan Jadi Mangsa
Gambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2014 8.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM