Artikel
Pdrm Fc Diperkasa Miliki Pusat Operasi Di Pulapol Kl
Kuala Lumpur, 9 April 2021 – Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) kini memiliki pusat operasi dan urus tadbir di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kual...
Kuala Lumpur, 9 April 2021 – Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) kini memiliki pusat operasi dan urus tadbir di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, petang tadi.
Dato’ Sri Acryl Sani yang juga Presiden PDRM FC merakamkan penghargaan kepada TBF Network Sdn. Bhd. yang berkolaborasi dalam proses milikan bersama bagi menguruskan PDRM FC malah bekerjasama untuk menaik taraf ruang pejabat di PULAPOL Kuala Lumpur sebagai pusat operasi dan urus tadbir pasukan bola sepak itu.
Dalam majlis yang sama, beliau turut memperkenalkan barisan penaja PDRM FC bagi saingan Liga Malaysia Tahun 2021 antaranya syarikat Top Glove Corporation Berhad, Blackbixon Sdn. Bhd., Red One Network Sdn. Bhd. (redONE), Oren Sport (Oren), Biolux Network (Asia) Sdn. Bhd., Hertz Corporation dan Cisco (M) Sdn. Bhd.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League, Dato’ Ab Ghani Haji Hassan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Encik Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif TBF Network Sdn Bhd, Encik Mohamad Farid Mohamed Yunus, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), merangkap Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak PDRM, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, SAC Tuan Kamal Faizul Mohd Zain, para pegawai kanan PDRM serta rakan media.
Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Konstabel Bryanlie Mustin