Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

149 Konstabel Lelaki Tamat Latihan Asas Kepolisan

Diterbitkan: 12 Apr 2021 1.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Hulu Selangor, 10 April 2021 - Seramai 149 orang pelatih Konstabel lelaki berjaya menamatkan latihan mereka dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 5/2020 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/149-konstabel-lelaki-tamat-latihan-asas-kepolisan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:19 MYT

Hulu Selangor, 10 April 2021 - Seramai 149 orang pelatih Konstabel lelaki berjaya menamatkan latihan mereka dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 5/2020 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini, pagi tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob dalam suasana norma baharu dengan mengikut Prosedur Operasi Standard yang ketat tanpa kehadiran ahli keluarga pelatih.

Majlis yang disambut dengan penuh adat kepolisan menjadi lebih bermakna buat Konstabel Mohd Faizal Azmi Mohd Dzuki apabila diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Konstabel Mohd Shubhi Dollah dan Konstabel Syed Mohd Syakir Syed Salahudin pula masing-masing dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Superintendan Mohd Rusli Din dan Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Superintendan Noor Azlan Mohd Nor.

Tahniah dan syabas buat semua pelatih Konstabel baharu yang berjaya menamatkan latihan. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti!

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, indoor and text
May be an image of one or more people, people standing and text that says 'PDRM'
May be an image of one or more people, people standing and text
May be an image of one or more people, people standing and outdoors
May be an image of one or more people, people standing and outdoors
May be an image of one or more people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2021 1.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM