Pdrm Dan Polri Pastikan Keselamatan Sempadan Terjamin
Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Kuala
Lumpur, 16 NOVEMBER - Satu Mesyuarat Tim Perancang Operasi Kepolisan
(TPOK) Kali Ke-24 di antara Delegasi Malaysia dan Delegasi Indonesia
telah berlangsung di Palace Of Golden Hotel, Kuala Lumpur, pagi ini.
Hubungan
baik di antara PDRM dan POLRI merupakan suatu usaha murni bagi
memastikan keselamatan sempadan negara terjamin dan selamat untuk
dilawati baik peniaga-peniaga untuk menjalankan perniagaan.
Antara
objektif utama mesyuarat ini bagi meningkatkan dan mengembangkan lagi
kerjasama antara kedua kepolisan seperti dapat mengadakan pertemuan dan
perbincangan dua hala, sentiasa dapat berhubung antara satu dengan lain
melalui rangakaian telefon serta dapat mengundang rakan kepolisan setiap
kali terdapat majlis atau upacara rasmi.
Mesyuarat
ini dihadiri oleh semua Ketua Jabatan Kententeraman Awam dan Ketua
Trafik Negeri, Serta wakil dari Interpol PDRM/POLRI.
"Tanpa
pertemuan atau perhubungan di antara kedua kepolisan, pelbagai masalah
akan terjadi dan berlarutan tanpa tindakan sewajarnya. Ruang
permasalahan ini akan digunakan oleh penjenayah untuk meneruskan
aktiviti haram mereka. Jesteru itu, saya menyarankan agar kita tidak
lagi menangguhkan kerjasama antara PDRM dan POLRI demi kebaikan
masyarakat", ujar YDH Dato Abd Rashid bin Harun, selaku Pengerusi TPOK
PDRM mengakhiri ucapan perasmian mesyuarat beliau.
Turut hadir Brigen Pol Drs. Suseno Djahri, M.M selaku Pengerusi TPOK POLRI.
8.30PM
- Malam ini berlangsung satu Majlis Makan Malam 'Farewell Dinner'
bersama Delegasi Kepolisian Republik Indonesia (POLRI) dan PDRM di
Palace Of Golden Hotel, Kuala Lumpur sempena penutupan Mesyuarat Tim
Perancang Operasi Kepolisan (TPOK).






Ketibaan para Delegasi PDRM dan POLRI

Dari
kiri... YDH Dato Abd Rashid bin Harun, selaku Pengerusi TPOK PDRM dan
Brigen Pol Drs. Suseno Djahri, M.M selaku Pengerusi TPOK POLRI

Antara Delegasi PDRM

Bacaan doa oleh Inspektor Ridhuan bin Zaini

Ucapan perasmian oleh YDH Dato Abd Rashid bin Harun

Ucapan balas oleh Brigen Pol Drs. Suseno Djahri, M.M



Antara yang hadir

Menandatangani agenda mesyuarat

Bergambar kenangan
Sekitar Majlis Makan Malam















