Kursus Pengendalian Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1 2012
oleh : Cawangan Khas Bukit Aman
Kuala
Lumpur, 10 Nov - Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita
(JPPPW) Jabatan Cawangan Khas telah menganjurkan Kursus Pengendalian
Kenderaan Pacuan 4x4 Polis Wanita Cawangan Khas Siri 1/2012 bermula 4
hingga 9 November 2012 di Hutan Simpan Sg. Saruk, Chenderawasih, Rompin,
Pahang.
Tujuan
kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada polis wanita khususnya
Cawangan Khas untuk meningkatkan potensi diri dalam pengendalian dan
pemanduan berhemah kereta pacuan empat roda (4x4), di samping membina
keyakinan diri, ketabahan, kecergasan dan seterusnya mempertingkatkan
kewibawaan polis wanita dalam imej pasukan.
Kursus
ini dikendalikan sepenuhnya oleh para jurulatih dari Bahagian Pengajian
Memandu Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, JOHOR dan dibantu oleh pihak
E1(M) Cawangan Khas, Bukit Aman dengan melibatkan seramai 16 orang
peserta kursus iaitu 11 orang pegawai kanan dan 5 orang anggota polis
wanita Cawangan Khas, Bukit Aman.
Semasa kursus, para peserta diberi pelbagai latihan mengendalikan kenderaan pacuan 4x4 termasuk pengendalian 'Winch Kit'
semasa kenderaan sangkut dalam lumpuh, memandu pacuan 4x4 menyeberangi
sungai, menaiki dan menuruni bukit yang curam serta menyeberangi sungai
yang hanya disambung dengan kayu balak sahaja. Dengan syukurnya, kesemua
peserta telah mengatasi cabaran tersebut dengan jayanya.
YDH
SAC Hjh Siti Rohana bt Ahmad, Penasihat JPPPW Jabatan Cawangan Khas
dalam amanatnya semasa majlis perjumpaan dengan para peserta kursus
sebelum kursus tersebut bermula telah menyatakan bahawa kursus berkenaan
adalah julung kali diadakan dalam sejarah PDRM yang hanya melibatkan
polis wanita sahaja. Justeru, beliau berharap para peserta kursus dapat
memberikan komitmen tinggi dengan kekuatan fizikal dan mental yang
kental agar mengharungi segala cabaran yang akan dihadapi semasa kursus
berlangsung.
Beliau
juga berharap ilmu pengetahuan dan 'skill' pengendalian kenderaan
pacuan 4x4 yang dibelajari oleh para peserta kursus dapat membina
keyakinan dan ketabahan diri serta seterusnya diaplikasikan dalam
kerjaya masing-masing.


Pemasangan khemah setiba di Hutan Simpan Sg. Saruk, Chenderawasih, Rompin, Pahang pada 5 November 2012

Latihan asas mendaki bukit.

Latihan menaiki bukit yang curam

Latihan menyeberangi sungai

Latihan menyeberangi sungai yang disambung dengan kayu balak

Bergambar kenangan sebelum balik ke Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar pada 8 November 2012

Sesi bergambar semasa majlis penutupan kursus di Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar pada 9 November 2012