Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Bukit Aman, 23 Dis -
PDRM berjaya mengekalkan pensijilan bagi 5 skop yang merangkumi 35
lokasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001: 2008 PDRM.
Ini
berdasarkan kepada hasil pembentangan audit daripada Badan Akreditasi
Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd selama 5 hari yang
bermula 19 Disember lalu dalam Mesyuarat Penutupan Audit Pemerhatian
Sistem Pengurusan kualiti ISO 9001 : 2008 di bilik mesyuarat Ketua Polis
Negara, Menara 1, Bukit Aman, hari ini.
Mesyuarat ini adalah
bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan kualiti ISO yang telah
dibangunkan adalah berkesan dan berupaya untuk mengekalkan prestasi yang
dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan mengikut standard yang
telah ditetapkan.
Sebelumnya, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan, warga PDRM khususnya
perlu prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelanggan supaya
penambahbaikan serta transformasi boleh terus dilaksanakan.
"Di
sini saya memperakukan bahawa apa juga penemuan yang tidak menepati
kehendak standard versi 2008 akan diambil tindakan pembetulan dan
penambahbaikan sebelum tarikh yang ditetapkan oleh pihak Moody bagi
menentukan dalam tempoh 11 tahun ini, kita kekal diiktiraf sebagai satu
organisasi yang mengamal prosedur kerja berkualiti yang bertaraf
antarabangsa," tambahnya.
Turut hadir dalam mesyuarat, Y.Bhg
Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International
Certification (M) Sdn. Bhd, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Ahli-ahli
Jawatankuasa Khas Pengurusan kualiti PDRM.
Sekitar
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISO 9001 : 2008 PDRM Peringkat Induk
IPP Bukit Aman (Bil. 2/2011) pada 22-23 Disember 2011 di Bilik Mesyuarat
KPN, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.






YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Laporan audit daripada Y.Bhg Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (M) SDN. BHD.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Dato' A. Aziz bin Mat