21 Disember 2011 - Ulu Kinta, Perak.
Bermula pada 26 September 2011 dan tamat pada 21 Disember 2011, seramai 44 orang Pegawai dan 233 Anggota Pangkat Rendah (APR) telah berjaya mengharungi cabaran sepanjang tempoh latihan selama 12 minggu ( 3 bulan) di Briged Utara, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Majlis penuh gemilang pada pagi ini, Upacara Penutupan Kursus Asas PGA (Pegawai & Anggota) Siri 1/2011 telah di sempurnakan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Ulu Kinta.
Semua peserta kursus telah dilatih dengan kemahiran asas taktik dan teknik penugasan Pasukan Gerakan Am di dalam aspek peperangan menentang insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam. Kursus yang dicorakkan ini juga akan memberi pendedahan dan melatih peserta dengan kemahiran yang boleh juga membantu lain-lain cawangan dalam pelaksanaan tugas.
Latihan yang mampan serta terancang selama 3 bulan ini akan dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan serta mampu menghadapi tekanan mental dan fizikal. Mereka dilatih sentiasa bersedia untuk digerakkan dalam apa jua situasi penugasan, selaras dengan Peranan dan Tugas PGA seperti yang termaktub di dalam Arahan KPN No.3.
Di majlis penutupan ini juga, peserta-peserta Kursus Asas PGA telah mempersembahkan Senaman Perang/ Kombat Tanpa Senjata (KTS), Rappeling, Ronda/Teknik Tempur dan Latihan Tembak Mati/Kawad Tempur Benet (KTB).
Hadir di Upacara Penutupan Kursus Asas PGA Siri 1/2011 ialah YDH DCP Dato' Muhamad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas), YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Pentadbiran).
Turut hadir, YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas, YDH SAC Dato' Azman bin Yusoff, Komander Briged Utara PGA, YDH Dato'-Dato' Komander Briged PGA, YDH Supt. Kasuahdi bin Hj. Ali, Komandan Pusat Latihan PGA, Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion serta keluraga-keluarga peserta kursus.

Antara keluarga yang hadir...

Bergambar sebelum masuk baris

Peserta Kursus Asas PGA Siri 1/2011 mengambil tempat

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA..

Menerima 'Hormat Panglima'

Pegawai Pemerintah Baris lapor kehadiran

Sub Insp Mat Lazim bin Ali memimpin bacaan doa

Penyampaian Sijil Hormat Kursus kepada pegawai dan anggota

Penyampaian Sijil dan Plak kepada peserta terbaik kursus...
Persembahan Peserta Kursus

Senaman Perang/Kombat Tanpa Senjata (KTS)

Ronda/Teknik Tempur

Rappelling...

Persembahan Latihan Tembak Mati/Kawad Tempur Benet (KTB)

Ucapan Perasmian Penutupan Kursus oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Gimik penutupan kursus...

Supt. Kasuahdi bin Hj. Ali menyampaikan cenderahati kepada YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Nyanyian lagu 'Sedia Berkhidmat'

Membalas tabik 'Hormat Panglima' sebelum bersurai..

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menandatangani Buku Pelawat'

Sidang Akhbar...

Kata-kata semangat dari YDH Pengarah Jabatan KDN/KA kepada peserta-peserta kursus

Bergambar kenangan bersama peserta-peserta Terbaik Teori, Tembak, Jasmani dan Terbaik Keseluruhan

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bergambar kenangan bersama peserta-peserta kursus...

Gembira..tamat menjalani kursus selama 3 bulan

Bersama keluarga selepas tamat upacara.

Menghiburkan tetamu di jamuan ringan
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Konst Muhammad Iqtar bin Azmi