Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan kualiti ISO yang telah dibangunkan adalah berkesan dan berupaya untuk mengekalkan prestasi yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-berjaya-kekal-pensijilan-spk-iso-9001-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT

Bukit Aman, 23 Dis - PDRM berjaya mengekalkan pensijilan bagi 5 skop yang merangkumi 35 lokasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001: 2008 PDRM.


Ini berdasarkan kepada hasil pembentangan audit daripada Badan Akreditasi Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd selama 5 hari yang bermula 19 Disember lalu dalam Mesyuarat Penutupan Audit Pemerhatian Sistem Pengurusan kualiti ISO 9001 : 2008 di bilik mesyuarat Ketua Polis Negara, Menara 1, Bukit Aman, hari ini.


Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan kualiti ISO yang telah dibangunkan adalah berkesan dan berupaya untuk mengekalkan prestasi yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan mengikut standard yang telah ditetapkan.


Sebelumnya, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan, warga PDRM khususnya perlu prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelanggan supaya penambahbaikan serta transformasi boleh terus dilaksanakan.


"Di sini saya memperakukan bahawa apa juga penemuan yang tidak menepati kehendak standard versi 2008 akan diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan sebelum tarikh yang ditetapkan oleh pihak Moody bagi menentukan dalam tempoh 11 tahun ini, kita kekal diiktiraf sebagai satu organisasi yang mengamal prosedur kerja berkualiti yang bertaraf antarabangsa," tambahnya.


Turut hadir dalam mesyuarat, Y.Bhg Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (M) Sdn. Bhd, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Pengurusan kualiti PDRM.


Sekitar Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISO 9001 : 2008 PDRM Peringkat Induk IPP Bukit Aman (Bil. 2/2011) pada 22-23 Disember 2011 di Bilik Mesyuarat KPN, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
Laporan audit daripada Y.Bhg Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (M) SDN. BHD.

Pdrm Berjaya Kekal Pensijilan Spk Iso 9001 2008
YDH Timbalan Ketua Polis Negara  bersama Y.Bhg Dato' A. Aziz bin Mat

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM