Pdrm Berdiri Gagah Dalam Gagasan Aseanapol
ASEANAPOL yang terbentuk hasil daripada kesedaran mengenai pentingnya kerjasama erat dijalin antara semua Ketua Polis ASEAN dalam menjamin dan mengekalkan keamanan serantau.
ASEANAPOL yang kini dianggotai oleh 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam serta lapan rakan dialog termasuk tiga Negara pemerhati seperti EUROPOL, Timur Leste dan Turki kini telah menuju ke satu era yang lebih kukuh dalam hubungan persahabatan dan kerjasama keselamtan di peringkat antarabangsa.
Ketua Polis Negara selaku pucuk pimpinan PDRM baru-baru ini telah mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan ASEANAPOL kali ke-35 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia dengan tema : "Ensuring Stronger Relationship for Peace, Security and Stability of The Region" dari 3 hingga 7 Ogos yang lepas.
PDRM bersama rakan negara lain amat berbangga berada di dalam gagasan ini yang diwujudkan atas kepentingan bersama untuk menjadikan rantau Asia Tenggara ini aman dan bebas dari jenayah.
Ikuti bacaan lanjut dalam artikel di bawah bagi mengetahui resolusi yang telah dicapai bersama dalam persidangan baru-baru ini.
Sumber: Harian Metro