Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Tapis 15 Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Jenayah

Diterbitkan: 21 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 31 lelaki tempatan diperiksa dalam Operasi Tapis dengan 15 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam satu operasi bersepadu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Pasukan Polis Marin (PPM) Tok Bali dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pulau Perhentian, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-tapis-15-ditahan-atas-pelbagai-kesalahan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT

Besut, 21 Ogos- Seramai 31 lelaki tempatan diperiksa dalam Operasi Tapis dengan 15 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam satu operasi bersepadu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Pasukan Polis Marin (PPM) Tok Bali dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pulau Perhentian, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata, seorang pegawai bersama enam anggota dari pihaknya dihantar untuk membantu operasi tersebut.

"Daripada jumlah yang ditahan, dua daripadanya memiliki pelbagai jenis dadah ketika diperiksa dan 10 yang lain didapati positif dadah dalam ujian air kencing yang dijalankan.

Dua individu yang amat dikehendaki atas kesalahan mencuri kenderaan serta mendatangkan kecederaan turut berjaya ditahan dalam operasi yang berakhir tengahari tadi," ujar beliau.

Kesemua suspek dibawa pulang ke IPD Besut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.
Op Tapis 15 Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Jenayah

ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM