Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 12 Nov – Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bersama (ATM) demi memastikan keutuhan pertahanan negara berada pada tahap yang membanggakan contohnya wujudnya 'National Blue Ocean Strategy..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-atm-kukuh-kerjasama-dalam-menghadapi-cabaran-global
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:28 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

PDRM-ATM KUKUH KERJASAMA DALAM MENGHADAPI CABARAN GLOBAL

"Dalam memastikan negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan selamat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bekerjasama antara satu sama lain melalui pelbagai usaha serta inisiatif", - YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (PDRM).

Bukit Aman, 12 Nov – Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bersama (ATM) demi memastikan keutuhan pertahanan negara berada pada tahap yang membanggakan contohnya wujudnya 'National Blue Ocean Strategy' (NBOS) dan Program Rondaan Bersama yang mana turut menyokong penurunan kadar jenayah indeks dan kadar jenayah jalanan.

Pagi ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Operasi Dan Latihan (JPOL) di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Mesyuarat sulung itu dipengerusikan oleh YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (PDRM) manakala Y.Bhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Baharuddin, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia telah mewakili delegasi ATM.

Turut hadir YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan (LTAB), Y.Bhg Laksamana Muda Dato' Anuwi bin Hassan, Timbalan Ketua Staf Operasi Dan latihan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, YDH DCP Dato' Abd Rashid bin Harun, Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam ESSCOM, Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Abdlu Halim bin Haji Jalal, Pengarah Komponen Pertahanan ESSCOM, Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Amir bin Hashim, Timbalan Ketua Staf J4 Markas Angkatan Tentera Bersama Serta Ahli-Ahli Jawatankuasa JPOL ATM/PDRM.

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (PDRM) menyambut ketibaan Y.Bhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Baharuddin, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
Y.Bhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Baharuddin, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia menandatangani Buku Pelawat

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
Majlis dimulakan dengan Bacaan doa yang dibacakan oleh Inspektor Muaz bin Abdullah Habib dari Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Operasi Dan Latihan (JPOL) di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global
Majlis penyampaian Cenderahati Kenangan

Pdrm Atm Kukuh Kerjasama Dalam Menghadapi Cabaran Global

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM