Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14

Published: 15 Dec 2017 6.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 15 Disember 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman meneruskan Latih Amal Ex-Undi 2017 yang memasuki fasa ke-4, bermula tengah malam tadi di Maktab PDRM Cheras, dekat sini sebagai persediaan sepenuhnya menghadapi sebarang perkara tidak diingini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-adakan-latih-amal-ex-undi-2017-sebagai-persediaan-hadapi-pru-ke-14
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT
Kuala Lumpur, 15 Disember 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman meneruskan Latih Amal Ex-Undi 2017 yang memasuki fasa ke-4, bermula tengah malam tadi di Maktab PDRM Cheras, dekat sini sebagai persediaan sepenuhnya menghadapi sebarang perkara tidak diingini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Latih Amal Ex-Undi 2017 ini diadakan secara serentak melibatkan 14 kontinjen dan 144 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak panik dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, latih amal yang dijalankan ini meliputi lima fasa utama, iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa pembuangan undi dah fasa pasca pilihan raya.

“Dengan latih amal yang dilakukan pada hari ini, PDRM kini bersedia sepenuhnya dalam fasa ke-4 iaitu fasa pembuangan undi,” ujar beliau.

Dato’ Sri Zulkifli yang hadir ke Maktab PDRM sebentar tadi turut diperlihatkan dengan demo latih amal secara “full-manning” yang bertujuan untuk melihat tahap kesiap siagaan PDRM khasnya elemen Jabatan KDNKA di tahap yang tertinggi.

“Orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam sama ada ketika latih amal ini dijalankan atau ketika hari sebenar PRU berlangsung kelak,” tambah beliau.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mazlan Lazim, Komandan Maktab PDRM, Dato’ Yong Lei Choo, Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Dato’ Abdul Rahim Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Kepolisan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohd Yusoff Mamat, Pegawai-pegawai kanan polis serta rakan media.

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14
Antara aksi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal rusuhan di Latih Amal Ex-Undi 2017.

Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah turut hadir ke Latih Amal Ex-Undi 2017.

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir Latih Amal Ex-Undi 2017.

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14
Antara petugas yang terlibat dalam Latih Amal Ex-Undi 2017.

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14
Antara aksi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal rusuhan di Latih Amal Ex-Undi 2017.

Pdrm Adakan Latih Amal Ex Undi 2017 Sebagai Persediaan Hadapi Pru Ke 14
Antara aksi Unit Tindak Khas (UTK) yang terlibat dalam Latih Amal Ex-Undi 2017.
ArticlePublished 15 Dec 2017 6.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM