Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn

Diterbitkan: 15 Dec 2017 6.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Serdang, 16 Disember 2017 – Seramai 87 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/87-orang-peserta-sertai-kejohanan-endurance-piala-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT
Serdang, 16 Disember 2017 – Seramai 87 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato' Sri Zulkifli Abdullah turut menyertai kejohanan yang memasuki tahun ke-3 penganjurannya di mana tiga kategori telah dipertandingkan iaitu 80 kilometer (km) 50km dan 25km. 

Beliau menunggang kuda yang diberi nama ‘Ernie’ berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori 25km individu manakala tempat pertama diungguli oleh Dato’ Fisol Salleh dan tempat ketiga dimenangi oleh Supritenden Rosli yusof, bagi kategori 25km berpasukan pula telah dimenangi oleh pasukan PDRM ‘B’ yang diketuai oleh Dato’ Fisol Salleh, Supritenden Rosli yusof, DSP Mohd Fadhli Daud dan ASP Nur Hidayah Damanhoori. 

Selain laluan mencabar yang perlu dilalui oleh semua peserta, kekuatan fizikal dan mental dalam mengawal emosi untuk bertenang mengawal kuda mereka sepanjang kejohanan adalah turut menjadi cabaran utama buat semua yang mengambil bahagian hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan UPM, Benua Equestrian Stables (BEST) dan paran penaja atas membantu kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung. 

Turut Hadir, Pengarah Taman Pertanian UPM, Profesor Dr. Japar Sidik Bujang, Setiausaha Eksekutif Majlis Ekuin Malaysia, Datuk Malek Jeremiah, pegawai kanan polis serta rakan media.


87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn
Sesi bergambar kenangan..

87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn
Sekitar penamat kategori 25km..

87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn
Sekitar sesi memanaskan badan..

87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn
Sekitar sesi memanaskan badan..

87 Orang Peserta Sertai Kejohanan Endurance Piala Kpn
Sesi bergambar selepas menyampaian hadiah..
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2017 6.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM