Bukit Aman - 28 September 2009. Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Pejabat Ketua Polis Negara, Menara 33 Tingkat.
Ini adalah kunjungan yang pertama kali sejak beliau memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 September 2009.
Hadir sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menandatangani Buku Pelawat

Kunjungan berlangsung di Pejabat Ketua Polis Negara

Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pat Kunjung Kpn
Ini adalah kunjungan yang pertama kali sejak beliau memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 September 2009...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pat-kunjung-kpn
Scan to view the latest live version.