Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Polis Marin Semporna Rampas Pelbagai Jenis Rokok Ber

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Semporna, 27 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) semporna merampas sebanyak 31,530 bungkus rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM550,000 dalam Ops Cantas Khas Laut di sini, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-polis-marin-semporna-rampas-pelbagai-jenis-rokok-ber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT

Semporna, 27 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) semporna merampas sebanyak 31,530 bungkus rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM550,000 dalam Ops Cantas Khas Laut di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok tersebut dirampas dalam serbuan yang diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Semporna ASP Mohd Aris Jambul kira-kira 12.45 pagi di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tanjung Kapur.

"Ketika serbuan terdapat empat lelaki sedang memunggah keluar bungkusan berwarna hitam dari dua kenderaan namun kesemua lelaki itu melarikan diri ke dalam ladang sawit selepas menyedari kehadiran pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan hitam itu mendapati pelbagai jenis rokok tanpa cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Kesemua rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup, katanya. 


Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM