Bekonsepkan hutan rimba, sebuah pub saja menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam
operasi yang diketuai Inspektor Zahirudin Baharum@Baharom bersama
sembilan anggotanya memeriksa seramai 28 pelanggan lelaki dan lima
pelanggan wanita. Dari jumlah tersebut seramai enam wanita warga
Thailand dan dua Vietnam pula ditahan kerana bekerja sebagai GRO.
Turut
ditahan seorang pekerja Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang bekerja
sebagai pekerja bar dan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga
premis. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(1PD) Cheras untuk tindakan lanjut.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro