Pasukan Polis Marin Semporna Rampas Pelbagai Jenis Rokok Ber
Semporna,
27 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) semporna merampas sebanyak 31,530
bungkus rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM550,000 dalam Ops
Cantas Khas Laut di sini, semalam.
Komander
PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok tersebut dirampas
dalam serbuan yang diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Semporna ASP
Mohd Aris Jambul kira-kira 12.45 pagi di kawasan kebun kelapa sawit
Kampung Tanjung Kapur.
"Ketika
serbuan terdapat empat lelaki sedang memunggah keluar bungkusan
berwarna hitam dari dua kenderaan namun kesemua lelaki itu melarikan
diri ke dalam ladang sawit selepas menyedari kehadiran pihak kami,"
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau
berkata pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan hitam itu mendapati
pelbagai jenis rokok tanpa cukai yang dipercayai diseludup dari negara
jiran.
Kesemua
rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Semporna untuk
tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana
kesalahan menyeludup, katanya.
Sumber : BERNAMA