Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Polis Marin Perkasa Kerjasama Dengan Polis Diraja Thailand Banteras Penyeludupaan

Published: 19 Jul 2016 11.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Tumpat, 19 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) akan terus mengukuhkan kerjasama dengan Polis Diraja Thailand bagi mengawasi sebarang aktiviti penyeludupan senjata di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-polis-marin-perkasa-kerjasama-dengan-polis-diraja-thailand-banteras-penyeludupaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT


Tumpat, 19 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) akan terus mengukuhkan kerjasama dengan Polis Diraja Thailand bagi mengawasi sebarang aktiviti penyeludupan senjata di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulkafli Sariaat berkata antara langkah yang telah dan sedang dijalankan termasuk mengadakan pertemuan dua bulan sekali.

"Dalam pertemuan itu, kami bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis Diraja Thailand berhubung pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Kami juga mendapat kerjasama daripada pemimpin masyarakat setempat berhubung sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan tugas Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor daripada Insp Viral a/l Kong yang memangku tugas itu kepada ASP Ahmad Amri Abd Rahman yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Pemerintah Markas Taktikal PPM Pengerang, Johor.

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh ASP Nawi Yunus yang kini ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Risikan dan Operasi, Markas PPM Wilayah Dua, Johor.

Mengulas lanjut, Zulkafli berkata pihaknya turut mengoptimumkan penggunaan pelbagai aset terutama bot yang dibekalkan kerajaan bagi mengawasi sempadan negara dengan bantuan Polis Diraja Thailand.

"Walaupun sehingga kini pihak kami belum melakukan sebarang rampasan senjata api, namun langkah proaktif perlu dilakukan bagi mengesan sebarang aktiviti haram.

"Ia juga bagi mengesan sebarang gerakan yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan militan termasuk Daesh," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jul 2016 11.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM