Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja Suspek Langgar Anggota Polis Trafik Ditahan

Diterbitkan: 19 Jul 2016 1.37 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kuala Lumpur, 19 Julai - Seorang remaja lelaki yang dipercayai menyebabkan seorang anggota polis trafik Kuala Lumpur cedera dalam kemalangan di Jalan Kuching petang semalam, ditahan lima jam selepas kejadian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-suspek-langgar-anggota-polis-trafik-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:34 MYT


Kuala Lumpur, 19 Julai - Seorang remaja lelaki yang dipercayai menyebabkan seorang anggota polis trafik Kuala Lumpur cedera dalam kemalangan di Jalan Kuching petang semalam, ditahan lima jam selepas kejadian.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata remaja berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan polis di sebuah restoran makanan segera di Desa Pandan pada pukul 9.30 malam tadi.

"Hasil siasatan mendapati kereta jenis Perodua Axia berwarna putih yang dipandu suspek merupakan kenderaan yang disewa selama lima hari daripada perkhidmatan kereta sewa yang berpusat di Rawang sejak 14 Julai lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam, Lans Koperal Wan Mohd Fazly Wan Soho, 27, patah tangan kiri setelah motosikal yang ditungganginya dihimpit oleh sebuah kereta di Jalan Kuching susur ke Kompleks Perumahan Kerajaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, anggota polis trafik itu dalam perjalanan menuju ke arah bulatan Batu Caves yang ditutup berikutan berlaku satu kemalangan di laluan itu.

Wan Mohd Fazly bagaimanapun bertindak mengejar sebuah kereta yang memasuki
laluan yang ditutup itu sejauh enam kilometer, sebelum pemandu kereta berkenaan menghimpit motosikal ditunggangi beliau sebelum pemandu tersebut melarikan diri.

Impak daripada pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan setelah terjatuh ke jalan raya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2016 1.37 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM