Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Khas Pantau Judi Bola

Published: 11 Jun 2018 1.07 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Bagi mengekang kegiatan sindiket judi bola Piala Dunia 2018 kali ini, PolisDiraja Malaysia (PDRM) telah mengatur strategi bersama pihak berkuasa semua negara ASEAN dan Polis Antarabangsa (Interpol) menerusi Op Soccer Gambling (Soga) VII.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-khas-pantau-judi-bola
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:18 MYT

Bagi mengekang kegiatan sindiket judi bola Piala Dunia 2018 kali ini, PolisDiraja Malaysia (PDRM) telah mengatur strategi bersama pihak berkuasa semua negara ASEAN dan Polis Antarabangsa (Interpol) menerusi Op Soccer Gambling (Soga) VII.

PDRM juga sudah mewujudkan hubungan kerja dengan Asean Football Confederation dan menggerakkan pasukan khas termasuk Unit Siber dan Multimedia dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau semua web pertaruhan judi.

Kolaborasi bersama negara ASEAN diambil berikutan trend perubahan judi bola sepak yang menyaksikan sindiket menggunakan medium online berbanding kaedah konvensional sebelum ini.

Pihak polis memantau seluruh negeri dalam memastikan kegiatan judi bola dikekang secara besar-besaran, namun pemantauan lebih dilakukan di negeri 'hot spot' seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo

ArticlePublished 11 Jun 2018 1.07 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM