Article
Pasukan Gempur Narkotik Pdrm Dilancarkan
Kuala Lumpur, 30 Jan – Jenayah dadah akan diperangi habis-habisan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil 'Special...
Kuala Lumpur, 30 Jan – Jenayah dadah akan diperangi habis-habisan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)' secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.
'STING' di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.
Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.
Kemodenan jenayah narkotik masa kini yang semakin canggih bukan lagi masalah kepada pasukan ini di mana turut dilengkapi senjata serta gajet dalam memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah dadah tegar yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang.Justeru itu diharapkan penubuhan skuad ini mampu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa PDRM hanya mengambil tindakan kepada ahli-ahli sindiket sedangkan dalang kepada masalah ini masih bebas," ucap Menteri Dalam Negeri.
Sepanjang tahun 2013 JSJN telah berjaya mengesan dan menangkap 33 ketua sindiket pengedaran dadah serta membongkar 34 lokasi makmal haram memproses dadah serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM402.73 juta.
JSJN juga menyita pelbagai jenis harta yang disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah berjumlah RM94.96 Juta dan menangkap seramai 175,198 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, barisan pengarah PDRM dan tetamu jemputan.

Ketibaan YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri beramah mesra bersama para pegawai kanan 'STING'

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Polis Negara menyaksikan Persembahan Demonstrasi Serbuan Makmal Haram Memproses Dadah.

Aksi aksi sepanjang demonstrasi berlangsung.

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri melawat ruang pameran.

Nyanyian Lagu Negaraku.

YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan perasmian.

Sesi penyampaian cenderamata.

Sesi bergambar kenangan.