Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan F Menyamar Pemotong Rumput Intip Komunis

Published: 20 Apr 2017 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bekas Asisten Superintenden N. Subramanian dilahirkan pada 3 Januari 1960 di Kuching, Sarawak dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Percubaan pada 17 November 1979 dan pernah berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak dari 1980 sehingga 1986. N. Subramanian mula menyertai Pasukan F pada 1986 sehingga 1995 dan pernah bertugas di Cawangan Khas Kuala Lumpur 1996 sehingga 2001 serta Cawangan Khas Bukit Aman pada 2001 sehingga 2015.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-f-menyamar-pemotong-rumput-intip-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:28 MYT

Bekas Asisten Superintenden N. Subramanian dilahirkan pada 3 Januari 1960 di Kuching, Sarawak dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Percubaan pada 17 November 1979 dan pernah berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak dari 1980 sehingga 1986. N. Subramanian mula menyertai Pasukan F pada 1986 sehingga 1995 dan pernah bertugas di Cawangan Khas Kuala Lumpur 1996 sehingga 2001 serta Cawangan Khas Bukit Aman pada 2001 sehingga 2015.

Sebagai seorang pegawai Pasukan F Cawangan Khas Bukit Aman, beliau yang berbadan tegap dan tinggi lampai menyamar menjadi pemotong rumput dan bekerja di sebuah jirat Cina di Behrang, Perak serta berjaya mengumpul maklumat mengenai beberapa pengganas komunis yang berperanan sebagai mata-mata bagi memantau kehadiran pasukan keselamatan di kawasan tersebut.

Hasil daripada risikan itu juga, N. Subramanian turut mendapat maklumat mengenai pergerakan sekurang-kurangnya 20 pengganas komunis dari hutan di Pahang menuju ke Selangor dan dijangka mengadakan pertemuan di Behrang.

Hasil operasi ini, N. Subramanian bersama pasukannya berjaya menangkap 23 pengganas komunis bersenjata melalui Operasi Taloong.

N. Subramanian telah dianugerahkan Pingat Keberanian Yang Terbilang Selangor pada 1989 dan Anugerah Kesatria Pasukan Polis pada 1999.

Sumber: Utusan Malaysia
Pasukan F Menyamar Pemotong Rumput Intip Komunis
ArticlePublished 20 Apr 2017 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM