Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan F Terlibat Dalam Keseluruhan Operasi Banteras Komunis

Diterbitkan: 20 Apr 2017 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Khor Chin Teng, 70, dilahirkan pada 2 Jun 1947 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik. Beliau pernah berkhidmat sebagai tentera selama 10 tahun bermula tahun 1966 hingga 1975. Pada September 1975 beliau menyertai pasukan polis (Team F) dan menjadi guru kawad pada tahun 1976. Beliau pernah bertugas di Sahara Barat bersama PBB pada 1994 hingga 1995. Beliau terima pangkat Sarjan selepas menyertai misi UN pada tahun 1995. Pada tahun 1999, Khor Chin Teng berpeluang berada di kawasan sempadan di Kosovo, semasa mengikuti misi PBB pada 1999 hingga 2000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-f-terlibat-dalam-keseluruhan-operasi-banteras-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT

Khor Chin Teng, 70, dilahirkan pada 2 Jun 1947 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik. Beliau pernah berkhidmat sebagai tentera selama 10 tahun bermula tahun 1966 hingga 1975. Pada September 1975 beliau menyertai pasukan polis (Team F) dan menjadi guru kawad pada tahun 1976. Beliau pernah bertugas di Sahara Barat bersama PBB pada 1994 hingga 1995. Beliau terima pangkat Sarjan selepas menyertai misi UN pada tahun 1995. Pada tahun 1999, Khor Chin Teng berpeluang berada di kawasan sempadan di Kosovo, semasa mengikuti misi PBB pada 1999 hingga 2000.

‘Anjing Polis', gelaran yang tidak asing bagi Khor Chin Teng sepanjang beliau menyertai Pasukan F, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengikuti operasi membanteras pengganas komunis sekitar tahun 1975 hingga 1989. Namun, gelaran itu tidak sedikit mematahkan semangatnya untuk berbakti kepada tanah air tercinta walaupun pernah berkhidmat dalam pasukan tentera selama 10 tahun.

Mengimbau kembali kenangan dan pengalaman bertugas dalam Pasukan F, bekas Sarjan itu memberitahu, perkara yang tidak boleh dilupakan adalah semasa melakukan penyamaran sebagai rekrut baru komunis di Gopeng, Perak selepas diberi tempoh sebulan untuk meneliti dokumen berkaitan parti terbabit.

Kesempatan yang diberikan itu membolehkan beliau merancang strategi untuk memerangkap komunis menerusi beberapa laluan yang telah dirancang bersama pasukannya. Dalam operasi itu, beliau diberikan M16 dan selaras Browning. Selepas mendapati pasukan komunis mengetahui kewujudan polis, beliau bersama pasukan terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan tiga orang komunis mati manakala selebihnya berundur.

Sumber: Utusan Malaysia

Pasukan F Terlibat Dalam Keseluruhan Operasi Banteras Komunis
ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2017 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM