Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar

Published: 11 Jun 2014 8.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagi memastikan OPS Sikap kali ini berjalan lancar, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah turun padang untuk memantau tugas-tugas anggota polis di lokasi OPS sikap ke-25 K..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pastikan-ops-sikap-ke-25-berjalan-lancar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT
Terengganu , 23 Januari 2012 - Bagi memastikan OPS Sikap kali ini berjalan lancar, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah turun padang untuk memantau tugas-tugas anggota polis di lokasi OPS sikap ke-25 Kontinjen Terengganu yang terletak di daerah Marang.

Dalam lawatan sehari ini, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA sempat memberi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas dan turut serta dalam OPS kali ini.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu, YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan dan YDH Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menandatangani buku lawatan kontinjen.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid berserta rombongan bertolak ke lokasi perangkap had laju.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Wira Salleh sedang memerhati kenderaan melalui alat perangkap had laju.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu sedang memerhati kenderaan melalui alat perangkap had laju.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Wira Salleh bertanyakan destinasi penumpang bas.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Wira Salleh memberi nasihat kepada penunggang motosikal.

Pastikan Ops Sikap Ke 25 Berjalan Lancar
YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu semasa sidang media.


Wartawan  : Konst Raymond
Sumber  : IPK Terengganu
ArticlePublished 11 Jun 2014 8.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM