Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Remaja Bawa Dadah Panik Larikan Diri Daripada Polis

Diterbitkan: 20 Jan 2016 2.43 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 20 Jan - Gara-gara panik dan risau ditahan polis selepas diminta memberhentikan keretanya, seorang remaja lelaki nekad memandu secara melulu dan berbahaya dari Sungai Abong ke bandar Muar sebelum dia dan pasangannya ditahan polis di Tanjung Agas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-remaja-bawa-dadah-panik-larikan-diri-daripada-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT


Muar, 20 Jan - Gara-gara panik dan risau ditahan polis selepas diminta memberhentikan keretanya, seorang remaja lelaki nekad memandu secara melulu dan berbahaya dari Sungai Abong ke bandar Muar sebelum dia dan pasangannya ditahan polis di Tanjung Agas.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata hasil pemeriksaan, polis menemukan dadah dipercayai heroin seberat tiga gram di dalam satu beg dalam kereta tersebut.

Katanya, kejadian berlaku pada 9.15 malam tadi itu tidak melibatkan berbalas tembakan seperti yang dilaporkan di sebuah laman sosial.

"Anggota polis peronda yang sedang membuat rondaan rutin sekitar Sungai
Abong mendapati sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan dan telah mengarahkan pemandu kereta untuk memberhentikan kenderaan.

"Bagaimanapun, pemandu kereta sebaliknya memecut kenderaan itu ke pusat bandar (Muar) dan kemudianya menghala ke Ledang," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang menerima laporan daripada anggota peronda telah menghantar pasukan bantuan dan berjaya memberkas kedua-dua remaja itu yang dipercayai pasangan kekasih kira-kira 30 minit kemudian di Tanjung Agas.

Katanya, kereta yang dipandu remaja lelaki itu adalah milik keluarganya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berasal dari Ledang dan ujian saringan air kencing mendapati remaja lelaki itu positif dadah manakala remaja perempuan itu negatif.

"Kedua-dua remaja berkenaan ditahan untuk siasatan," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2016 2.43 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM