Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Pkk Bakal Diwujudkan Di Terengganu Sepanjang Tahun Ini

Diterbitkan: 20 Jan 2016 2.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 20 Jan - Polis Terengganu menyasarkan sebanyak 10 Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) bakal ditubuhkan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-pkk-bakal-diwujudkan-di-terengganu-sepanjang-tahun-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:09 MYT


Kuala Terengganu, 20 Jan - Polis Terengganu menyasarkan sebanyak 10 Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) bakal ditubuhkan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Rosli Ab Rahman PKK diwujudkan sebagai usaha mengekang kegiatan jenayah termasuk aktiviti pengedaran dadah dan mat rempit.

Katanya, setakat ini sebanyak dua PKK ditubuhkan di negeri ini melibatkan Kampung Seberang Takir dan Durian Burung.

"Menerusi dua PKK itu, kita dapati ia menunjukkan keberkesan (jenayah dikurangkan). Sebelum ini kawasan Durian Burung sering menjadi tumpuan mat rempit untuk melakukan aksi berbahaya khususnya pada malam minggu," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, kampung berkenaan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan seperti melakukan kawalan serta rondaan bagi memastikan mat rempit tidak terus tertumpu di situ.

Justeru, pihaknya akan terus memperluaskan peranan dan fungsi PKK di setiap kampung bagi memastikan kadar jenayah di negeri ini dapat dikurangkan.

Rosli berkata, selain penglibatan sumber luar seperti PKK, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda akan ditingkatkan pengawasan mereka bagi tujuan mengurangkan jenayah.

"Sepanjang tahun lalu, Indeks Jenayah membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda polis kontinjen Terengganu, menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus, berbanding 11 peratus pada 2014," katanya.

Dalam perkembangan lain Rosli berkata pihaknya akan memperluaskan Program 1 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) 1 Polis, di seluruh Terengganu tidak lama lagi.

"Inisiatif ini untuk memastikan jenayah di Terengganu terus dikurangkan dengan kita melipatgandakan usaha bagi merealisasikan sasaran berkenaan," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2016 2.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM