Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Kekasih Penyamun Ditahan

Diterbitkan: 23 Dec 2014 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Rembau, 22 Dis. - Polis memberkas sepasang kekasih kerana dipercayai terlibat dengan 12 kes jenayah samun dan ragut dalam serbuan di sebuah kondominium di Teluk Kemang, Port Dickson, Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-penyamun-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:52 MYT

Pasangan Kekasih Penyamun Ditahan
Rembau, 22 Dis. - Polis memberkas sepasang kekasih kerana dipercayai terlibat dengan 12 kes jenayah samun dan ragut dalam serbuan di sebuah kondominium di Teluk Kemang, Port Dickson, Rabu lalu. 

Suspek berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang peniaga kedai runcit yang mendakwa kerugian RM2,500 apabila rantainya diragut lelaki bermotosikal di Taman Pedas Indah dekat sini pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Ibrahim Sharif berkata, semasa serbuan pada pukul 7.20 pagi itu, terdapat seramai tujuh orang termasuk dua wanita di dalam rumah berkenaan yang terletak di tingkat lima.

Katanya, lima daripadanya berada di ruang tamu manakala pasangan terbabit pula berada di dalam bilik. 

"Sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, pasangan itu cuba melarikan diri melalui tingkap (balkoni) sebelum terjatuh dan cedera parah. 

Suspek wanita dilaporkan koma manakala teman lelakinya pula patah kaki kiri. 

"Empat lagi rakan mereka yang kesemuanya lelaki turut ditahan kerana positif dadah manakala seorang lagi wanita dibebaskan" katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2014 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM