Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bekas Amah Edar Dadah Dihukum Gantung

Diterbitkan: 23 Dec 2014 3.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam 22 Dis. - Seorang bekas pembantu rumah warga Thailand dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah hampir tiga kilogram, tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bekas-amah-edar-dadah-dihukum-gantung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:44 MYT
Bekas Amah Edar Dadah Dihukum Gantung

Shah Alam 22 Dis. - Seorang bekas pembantu rumah warga Thailand dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah hampir tiga kilogram, tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Dhuangchit Khonthokhonburi, 33, tidak konsisten, lebih kepada penafian dan rekaan semata-mata. 

Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala tertuduh merupakan saksi tunggal di peringkat bela diri. 

Khonthokhonburi didakwa atas tuduhan mengedar 2.8 kilogram dadah jenis methamphetamine kira-kira pukul 9 pagi, 6 Mac 2013 di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2014 3.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM