Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Kekasih Miliki Syabu Ditahan

Published: 13 Jun 2014 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis memberkas sepasang kekasih kerana memiliki 5.6 gram dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah bilik di Kompleks Sinsuran di sini baru-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-miliki-syabu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:55 MYT

KOTA KINABALU 16 Januari 2010 - Polis memberkas sepasang kekasih kerana memiliki 5.6 gram dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah bilik di Kompleks Sinsuran di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kedua-duanya yang berusia 19 dan 27 tahun itu diberkas pada pukul 7 malam.

"Hasil maklumat orang awam, sepasukan polis telah membuat serbuan dan berjaya menemui beberapa paket dadah jenis syabu di bilik tersebut.

"Kita percaya dadah ini adalah untuk pasaran di sekitar bandar raya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Sofi berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam serbuan berasingan pada 3 Januari lalu, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki dadah jenis ketamin seberat 8.4 gram.

Menurutnya, suspek berumur 44 tahun kini disiasat Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, pihak polis berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa membantu polis dalam memerangi dadah di daerah ini.

"Saya berharap orang ramai akan terus memberi berkerjasama dengan polis bagi membendung kegiatan pengedaran dadah yang semakin membimbangkan," katanya

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM