Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Kekasih Ditahan Tipu Penculikan

Published: 06 Aug 2015 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Remaja perempuan berusia 18 tahun itu dan teman lelakinya yang berusia 28 tahun ditahan di Jalan Ria di sini pada pukul 10.45 malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, remaja perempuan itu dikatakan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Paya Terubung di sini pada pukul 3 petang Rabu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-ditahan-tipu-penculikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:42 MYT

George Town, 31 Julai - Sepasang kekasih ditahan kerana merancang penculikan remaja perempuan berkenaan bagi mendapatkan wang daripada ibu bapanya.

Remaja perempuan berusia 18 tahun itu dan teman lelakinya yang berusia 28 tahun ditahan di Jalan Ria di sini pada pukul 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, remaja perempuan itu dikatakan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Paya Terubung di sini pada pukul 3 petang Rabu lepas.

"Seorang lelaki telah menghubungi abang dan ayah remaja perempuan itu petang semalam dan mendakwa telah menculik remaja terbabit serta meminta wang tebusan sehingga RM5,000 sekiranya mahu remaja itu dibebaskan," katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit turut mengugut akan mencederakan remaja berkenaan sekiranya keluarganya membuat laporan polis.

Mior Faridalatrash berkata, namun keluarga remaja perempuan terbabit membuat laporan polis malam tadi dan bertindak atas laporan itu, pihak polis berjaya mengesan pasangan terbabit di Jalan Ria.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan didapati telah berpakat dengan teman lelakinya itu dengan mengatakan dia diculik untuk mendapatkan wang daripada keluarganya.

"Lelaki yang menghubungi keluarga remaja itu adalah teman lelakinya dan mereka juga telah berpakat untuk melarikan diri dari negeri ini.

"Pasangan itu mengaku bertindak demikan bagi mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan kerana mereka mahu lari dan bekerja di Kuala Lumpur," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Aug 2015 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM