Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Asing Ditahan Miliki Dadah

Diterbitkan: 06 Aug 2015 2.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang pekerja asing ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 kerana memiliki dadah dalam Op Gelora sekitar Pantai Sungai Udang, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-asing-ditahan-miliki-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:32 MYT

Seberang Perai, 30 Julai - Seorang pekerja asing ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 kerana memiliki dadah dalam Op Gelora sekitar Pantai Sungai Udang, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohamad Yusof Abdullah berkata pasukannya telah memeriksa dan menahan seorang pekerja sangkar ikan kerana didapati gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah beg yang dipakainya menemui sepeket plastik lutsinar dan tujuh keratan straw yang berisi 16.35 gram dadah jenis heroin. 

"Turut ditemui 16 biji kapsul yang dipercayai dadah, barang peribadi dan wang tunai bernilai RM1,410, " katanya lagi.

Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah 1 untuk disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen 1959.
Warga Asing Ditahan Miliki Dadah

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 2.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM