Article
Pasangan Ditahan Kematian Pembantu
Labuan, 15 April 2016 - Polis menahan sepasang suami isteri semalam bagi membantu siasatan kematian pembantu rumah warga Indonesia, dipercayai akibat penderaan...
Labuan, 15 April 2016 - Polis menahan sepasang suami isteri semalam bagi membantu siasatan kematian pembantu rumah warga Indonesia, dipercayai akibat penderaan, di kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Membidai, di sini.
Pembantu rumah berusia 44 tahun itu meninggal dunia pada 2 April lepas dan keputusan bedah siasat ke atas mayat berkenaan yang dikeluarkan pada 5 April,
menunjukkan ada tanda penderaan fizikal berdasarkan kecederaan di dahi, lebam di
kedua-dua mata dan di lengan mangsa yang dikenali sebagai Rosnia Tanjung.
Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Adzhar Othman berkata suspek lelaki, seorang
anggota tentera dan isterinya, penjawat awam, yang kedua-duanya berusia 31 tahun, kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
“Kami menerima laporan polis daripada suspek lelaki pada 2 April mengenai kematian pembantu rumah dalam tandas rumahnya kira-kira pukul 5 petang.
"Mulanya kami menyiasat kes itu sebagai kematian mengejut tetapi laporan forensik mendapati ada kesan lebam yang mungkin berpunca daripada penderaan jangka panjang. Kami percaya ada perbuatan jenayah dan membuka semula kes itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, suspek lelaki yang juga pesalah dadah akan didakwa di mahkamah pada 25 April ini mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, diserahkan kepada polis oleh Pasukan Provos TUDM, kira-kira pukul 10.35 pagi semalam, manakala suspek wanita menyerah diri kepada polis sejam kemudian.
“Ketika pasangan itu ditahan, suspek lelaki diuji positif methamphetamine.
Berdasarkan keadaan mangsa yang kurus dan kulit yang kering, kami percaya dia
didera dengan objek tumpul untuk tempoh yang lama," kata Adzhar.
Menurutnya, pembantu rumah itu mempunyai permit sah dan bekerja dengan
pasangan berkenaan sejak Ogos tahun lepas.
Adzhar berkata, kes itu yang pertama direkodkan di sini, perlu disiasat dengan teliti kerana ia membabitkan imej kerajaan Malaysia dan polis turut memberikan maklumat terkini kes berkenaan kepada Pejabat Konsulat Indonesia.
Mayat mangsa sudah dihantar pulang ke kampung halamannya di Kota Madya Tebing Tinggi Sumatera Utara, Indonesia pada 9 April lepas. -BERNAMA