Perjumpaan Pengarah Pengurusan Bersama Peserta Trim Fit
PERJUMPAAN PENGARAH PENGURUSAN BERSAMA PESERTA TRIM & FIT
Bukit Aman, 15 April – YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah hari ini meluangkan masa bertemu peserta Siri 1 Trim & Fit 2016 yang berlangsung di Gimnasium Bukit Aman, petang tadi.
Beliau dalam ucapannya menyarankan para peserta terus konsisten dalam latihan walaupun menghadapi kekangan masa dan tugas memandangkan mereka adalah perintis kepada program yang julung-julung kali diadakan ini seterusnya menjadi tanda aras kepada siri-siri seterusnya yang bakal dijalankan.
Dalam sesi perjumpaan tersebut, beliau turut meluangkan masa bersama peserta Trim & Fit ke Taman Botani Perdana sebagai langkah untuk melestarikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM.
YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan ucapan.
Sekitar perjumpaan para peserta bersama YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah.
Sekitar aktiviti berjalan mengelilingi Taman Botani Perdana