Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, sebelum terbabit dalam kemalangan itu, kedua-dua suspek merempuh sekatan di Kilometer 0.8, Jaian Sua Betong Sunggala dalam penugasan 'Op Cantas Khas' di ketuai Inspektor Abd Majid Tasrim bersama enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN0 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
Pemeriksaan polis
mencmui lima peket plastik kecil lutsinar dipercayai dadah jenis syabu
dalam Pe-rodua Myvi berkenaan, namun pemandu dan penumpangnya tidak
cedera.
Abd Wahab berkata, turut ditemui dalam but kereta tiga ragum, sebilah pahat, dua batang besi pengumpil, dua batang pemutar skru, seba tang 'alien key', segugus kunci, dua topeng mulut, lima sarung tangan getah. walkie-talkie dan sebilah parang panjang.
Beliau berkata, suspek wanita yang juga ibu tunggal didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek lelaki pula tiada rekod jenayah. Menurutnya, siasatan kes dijalankan mengikut Sek syen 39B (1) Akta Dadah Bcrbahaya 1952.
Sumber: Harian Metro