Hari Terbuka Perayaan Vasakhi Sikh Pdrm
HARI TERBUKA PERAYAAN VASAKHI SIKH PDRM
Bukit
Aman, 11 April – Sambutan Perayaan Vasakhi Sikh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) kali ini memilih Mess Pegawai Kanan Bukit Aman sebagai lokasi
menyambut tahun baru bagi masyarakat Sikh.
Vasakhi
dalam bahasa punjabi merupakan perayaan yang utama dalam kalendar Sikh
bagi memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699 yang juga menandakan
bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru.
Majlis
di bawah anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu telah
diketuai oleh YDH DCP Dato' Amar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala
Lumpur selaku Pengerusi Penganjur Majlis Perayaan Vasakhi Sikh PDRM dan
dihadiri oleh pelbagai lapisan bangsa warga PDRM.
Majlis
turut dihadiri oleh barisan YDH Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala
Lumpur, YDH Senior DCP Datuk Seri Mohmad bin Salleh, dan sebahagian
warga kerja PDRM yang berbangsa Sikh.















Sekitar Sambutan Perayaan Vasakhi Sikh Polis Diraja Malaysia