Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pancaragam Pdrm Kebanggaan Negara

Published: 19 Jun 2014 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
DSP A W Crofts merupakan pelopor Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dahulunya dikenali sebagai Pancaragam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu dimana idea untuk mewujudkan sebuah pancaragam berkawad (brassband) bermula pada tahun 1807 apabila kepolisan moden bermula di Pulai Pinang. Namun ia direalisasikan oleh JD. Hussey seorang pegawai polis berbangsa Inggeris yang telah menubuhkan sebuah kumpulan pancar
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pancaragam-pdrm-kebanggaan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:33 MYT

DSP A W Crofts merupakan pelopor Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dahulunya dikenali sebagai Pancaragam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu dimana idea untuk mewujudkan sebuah pancaragam berkawad (brassband) bermula pada tahun 1807 apabila kepolisan moden bermula di Pulai Pinang.

Namun ia direalisasikan oleh JD. Hussey seorang pegawai polis berbangsa Inggeris yang telah menubuhkan sebuah kumpulan pancaragam kecil seramai 10 orang pada tahun 1932.

Pancaragam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu pernah merekodkan piring hitam (LP) keluaran The Gramphone Co Ltd England dan pernah membuat beberapa persembahan diluar negara dibawah pimpinan Crofts antaranya persembahan istimewa untuk Ratu Elizabeth II dan keluarga Diraja Britain.

Selepas kemerdekaan, Pancaragam PDRM diambil alih Penolong Penguasa Polis, Alias Arshad bagi menggantikan Crofts dan berjaya menamatkan kursus muzik di Royal Military School of Music KnellerHall, England sebagai peserta terbaik.

Selain Pancaragam Pusat PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, terdapat tiga lagi pancaragam PDRM yang berpengkalan di Kontinjen Kedah, Sabah dan Sarawak.

Pancaragam Pdrm Kebanggaan Negara
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM