Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen 1aman Go To Safety Points Terima Maklum Balas Memua

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 22 Feb - Kempen '1Aman-Go to Safety Points' membabitkan stesen minyak Petron menerima maklum balas memuaskan sejak kempen dilaksanakan tahun lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-1aman-go-to-safety-points-terima-maklum-balas-memua
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT

Kuala Lumpur, 22 Feb - Kempen '1Aman-Go to Safety Points' membabitkan stesen minyak Petron menerima maklum balas memuaskan sejak kempen dilaksanakan tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata setakat ini terdapat enam kes membabitkan mangsa mendapatkan bantuan dan perlindungan di stesen minyak berkenaan.

Empat kes membabitkan mangsa jenayah ragut dan dua lagi kes kecemasan perubatan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu bagi peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

"Malah sejak dilaksanakan, boleh dikatakan jenayah samun di stesen minyak Petron hampir tiada memandangkan kehadiran anggota polis yang kerap," katanya.

Sebanyak 30 stesen minyak Petron sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam kempen itu, katanya.

Kempen '1Aman-Go to Safety Points' merupakan gelombang kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi mengurangkan jenayah yang menyaksikan kerajaan melibatkan pihak swasta dalam mencegah jenayah.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM