Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 Lima 2007

Published: 09 Jun 2014 3.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Lima mula diadakan pada tahun 1991 dan pameran dwi tahunan ini memasuki edisi kali ke 9 yang disertai 300 wakil..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pameran-udara-dan-maritim-antarabangsa-langkawi-2007-lima-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:47 MYT

Langkawi - 4 Disember 2007. Perdana Menteri Malaysia ,Y.A.B Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah menyaksikan pertunjukan pesawat pejuang sempena majlis perasmian pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (Lima 2007).

Hadir sama, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin Panglima TUDM , YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan Ketua Polis Negara, Dato' Seri Mahadzir Khalid Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Zulhasnan Rafique Menteri Wilayah Persekutuan,pelawat-pelawat perdagangan dan juga ketua-ketua tentera serta polis dari negara Asean.

Lima mula diadakan pada tahun 1991 dan pameran dwi tahunan ini memasuki edisi kali ke 9 yang disertai 300 wakil dari 30 negara dengan 100 pesawat dipertontonkan bermula 4 - 8 Disember 2007. Lima juga satu-satunya pameran yang unik di rantau Asia Pasifik apabila menggabungkan pertunjukan udara dan laut di satu lokasi seperti di Air & Sea Show, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat.

Sebagai pembuka tirai, demonstrasi serangan udara menggabungkan pesawat pejuang TUDM dan 9 anggota PASKAU serta helikopter Tentera Darat sebagai tanda gimik pembukaan. Selain itu, Surya Kiran dari India, skuadron MIG-29 Fulcrums, FA 18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM akan mengadakan pertunjukan harian. Turut membuat persembahan untuk menghiburkan pengunjung ialah pasukan aerobatik terkenal Red Arrows dari Tentera Udara Diraja (RAF) United Kindom dan pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV).

Sebelah malam, bertempat di Westtin Hotel & Resort, Langkawi, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah meraikan tetamu jemputan di Majlis Jamuan Malam dari Vietnam, Thailand, Brunei, Fillipinadan Indonesia.

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 Lima 2007
Cenderamata...Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menerima cenderamata replika Sukhoi Su-30MKM dari Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin PanglimaTentera Udara Diraja Malaysia

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 Lima 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara turut mengiringi Y.A.B. Perdana Menteri melawat pesawat-pesawat yang dipertontonkan.

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 Lima 2007
Majlis Makan Malam dianjurkan oleh Ketua Polis Negara...Pol. General Dato' Prung Boonpadung, Timbalan Ketua Polis Negara Thailand menyampaikan cenderamata kepada YDH Ketua Polis Negara

ArticlePublished 09 Jun 2014 3.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM